Teman-Teman Teratak al-Fathani

Tuesday, August 2, 2011

Ahlan wasahlan Bulan Tarbiyah



Kita ada 3 Nafas , Nafas kelmarin , nafas hari ini dan nafas esok. Nafas kelmarin sudah kita habiskan, nafas hari ini kita sedang kita gunakan, nafas esok belum pasti milik kita. Moga masih diberi nafas untuk bernafas di Madrasah Tarbiyah Ramadhan. Di kesempatan ini, Ibnu Fathani ingin memohon maaf zahir dan batin. Ramadhan Kareem. Semoga kita berjaya menjalankan misi ramadhan iaitu menjadi hamba Taqwa.

Sama-sama kita tingkatkan amalan di sepanjang bulan tarbiyah ini.

Rasulullah SAW seringkali berdoa:

“Ya..Allah, berkatilah kami dalam bulan Syaaban, dan (panjangkan umur kami ) sehingga bertemu dengan Ramadhan.”

Betapa besarnya rahmat Ilahi bilamana kita dipanjangkan umur sehingga bertemu dengan Ramadhan. Kerana sabda Rasulullah s.a.w:

“Antara Ramadhan ke Ramadhan adalah pengampunan Allah.”

Maksudnya sesiapa yang dipanjangkan umur sehingga dapat bertemu dengan Ramadhan, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya (dosa kecil). Panjang umur bukan kerja kita, ia benar-benar hak mutlak Allah; lantaran itu marilah kita mensyukurinya.

Al Faqir Ilm ;

IbnuFathani

2 Ramadhan 1432H / Teratak Rahmaniah Syeikh Abd Rahman al Makki

0 ulasan: