Tazkirah Ramadhan untuk dikongsi hari ini versi visual. Saya kongsikan beberapa video di bawah untuk di ambil ihtimam (ambil berat) untuk penghayatan bersama.
Sahabat-sahabat , Ramadhan adalah bulan tarbiyah dan bulan terbaik untuk kita berusaha untuk melakukan PERUBAHAN. Berubah ke arah positif. “Ramadhan Syahrul Taghyir”.
Sila lihat video di bawah (^_^)
Ramadhan juga melatih ummah jadi SABAR. Jika mampu untuk berSABAR dalam menahan lapar dan sebagainya , pasti anda adalah super sabar di bulan-bulan lain jua. Jika SABAR itu dihayati betul-betul la. Ini tidak , matahari baru nak benam dah, mengadap hidangan , siap pegang gelas air di tangan walhal lagi 30 minit untuk waktu berbuka ~Kenangan zaman kecil dulu~
Sila lihat video di bawah (^_^)
Ingat, sedikit penghayatan dan peringatn buat diri saya dan sahabat-sahabat , RAMADHAN bulan terbaik untuk kita TINGKATkan AMALAN.
Sila lihat video di bawah (^_^)
Andai Ramadhan ini kita tidak dapat hayati dengan betul , Kita harus BIMBANg ‘Eid yang kita raikan tidak bererti. Kita perlu BIMBANG saat perasaan TIDAK SUKA beramal bersarang di hati , BIMBANG-BIMBANG Allah tidak sudi pandang kita. Allahu Allah. Semoga RAMADHAN menjadi kita SUPER MUSLIM yang berTAQWA.
0 ulasan:
Post a Comment