Sunday, November 18, 2012

Filled Under:
,

Luka di sana , sini turut duka



Seribu luka di sana terus mengalir cuma mengharapkan hati –hati seakidah di sini tergerak nyatakan pendirian membahagiakan mereka di sana. Kita tidak mampu untuk mengangkat senjata saat umat Palestin di sana Allah muliakan dengan janji syahid. Maka apa yang kita boleh lakukan ? 

Saranan kami dari SPMM sebagai saudara semuslim kepada umat Islam semua :

1) TERUSKAN BERDOA kerana kita sememang ti
dak mampu mengangkat senjata seperti mereka , cukuplah dengan kita mengangkat tangan berdoa untuk mereka. Kita ummah yang sinonim dengan doa.Semoga Allah pandang usaha kerdil kita
2) Jadilah kita sebagai AGEN PENERANGAN pada umat yang masih belum sedarkan akan hakikat rakyat di sana bermandi dengan darah , bermain dengan soal kehidupan yang tidak pasti bukan pada esok hari sahaja tapi pada detik minit yang akan datang.
3) Selain itu, kita boleh melakukan SOLAT HAJAT dan puasa yang diniatkan khusus untuk rakyat Palestin, Syria, Patani, Rohingya dan semua umat Islam yang sedang ditindas.
4) BOIKOT barangan yang memberi menyumbang kepada rejim kejam .
5) Solat Subuh berjemaah di masjid. (Yahudi amat takutkan apabila umat Islam menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid seperti solat Jumaat)
6) Memastikan sunnah Rasulullah SAW diutamakan dan diamalkan.
7) Tanamkan dan sebarkan kesedaran indahnya hidup beragama melalui SMS, email, CD, risalah, blog dan lain-lain.
8) Hadiri majlis ilmu atau membaca bahan bacaan yang mengukuhkan kefahaman kita tentang kejahatan dan tipudaya Yahudi kepada orang Islam.
9) Menyokong dan menyertai mana-mana aktiviti bantahan kepada Yahudi.
10) Memboikot semua rancangan media yang berbentuk hiburan maksiat serta merosakkan akhlak remaja Islam.

Jangan jadi muslim yang berada bawah telangkup gelas jernih ! Kita bukan tidak tahu isu Palestin kerana kita bukan zaman katak bawah tempurung tapi kita zaman yang mudah menerima jutaan berita luar dan dalam. Jangan jadi muslim bawah gelas jernih, Nampak apa yang berlaku namun diam seribu bicara. Cukuplah dengan tindakan kita di atas dapat mengelak dari ancaman Nabi kita sollahu ‘alaihi wasalam iaitu “Bukan dari golongan kami yang tidak memikirkan langsung hal muslim yang lain” .


Mohammad Amin Bin Suhaimin ,
Naib Presiden 1
Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia
Universiti Sains Islam Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 IbnuFathani.