Monday, September 30, 2013

Kuliah Akhi Mohd Amin

“ Manusia apabila terdesak dia akan cari ALLAH , dia akan kembali kepada ALLAH. Apa yang akan dilakukkan oleh manusia dalam saat-saat bhaya?! Sesungguhnya setiap insan , baik beriman atau kafir , dalam saat-saat genting akan kembali kepada ALLAH . Ini adalah kerana keimana telah wujud dalam setiap jiwa termasuk orang kafir . Kerana itu mereka dipanggil ‘kafir’. 

Kafir di dalam bahasa Arab bermaksud as-Saatir (penutup) kerana sesungguhnya dia menutup dan meyembunyikan keimanannya . Bahkan dia sendiri menyangka bahawa dia telah hilang imannya. Namun , apabila dia dikejutkan dengan suaatu bencana , maka tercampaklah penutup tersbut dan terserlah iman kecilnya. 

Kisah Firaun yang berani mengaku dirinya Tuhan dalam surah an-Nazi’at ayat 24 (mafhum) :
“Akulah TUhan kamu , yang Tertinggi” . Namun apabila Fir’aun tahu yang dia bakal tengelam ; dia ubah cara ucapannya , dia merayu pda ALLAH seperti terakam dalam surah yunus ayat 90.
Di saat mereka dah tiada kekuatan , seorang ateis akan lupakan ateisme, seorang materialis akan alpakan materialism dan sebagainya dan semuanya akan meyebut ; “ Ya ALLAH !”

(Kuliah Dhuha ; 9 pagi , KKNC)

Wednesday, January 30, 2013

Akhlak Nabawi (1)

Akhlak Nabawi (1):Rasulullah sollalAllahu 'alaihi wasallam tidak berdiri dan tidak pula duduk kecuali dalam keadaan berzikir.

#Apabila zikir pada lisan itu sudah menjadi darah daging kita,hati kita akan berdenyut dengan zikrullah walau kita tidak zikir pada lisan.Biasakan ZIKIR NON-STOP! :)

Sunday, November 18, 2012

Luka di sana , sini turut duka



Seribu luka di sana terus mengalir cuma mengharapkan hati –hati seakidah di sini tergerak nyatakan pendirian membahagiakan mereka di sana. Kita tidak mampu untuk mengangkat senjata saat umat Palestin di sana Allah muliakan dengan janji syahid. Maka apa yang kita boleh lakukan ? 

Saranan kami dari SPMM sebagai saudara semuslim kepada umat Islam semua :

1) TERUSKAN BERDOA kerana kita sememang ti
dak mampu mengangkat senjata seperti mereka , cukuplah dengan kita mengangkat tangan berdoa untuk mereka. Kita ummah yang sinonim dengan doa.Semoga Allah pandang usaha kerdil kita
2) Jadilah kita sebagai AGEN PENERANGAN pada umat yang masih belum sedarkan akan hakikat rakyat di sana bermandi dengan darah , bermain dengan soal kehidupan yang tidak pasti bukan pada esok hari sahaja tapi pada detik minit yang akan datang.
3) Selain itu, kita boleh melakukan SOLAT HAJAT dan puasa yang diniatkan khusus untuk rakyat Palestin, Syria, Patani, Rohingya dan semua umat Islam yang sedang ditindas.
4) BOIKOT barangan yang memberi menyumbang kepada rejim kejam .
5) Solat Subuh berjemaah di masjid. (Yahudi amat takutkan apabila umat Islam menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid seperti solat Jumaat)
6) Memastikan sunnah Rasulullah SAW diutamakan dan diamalkan.
7) Tanamkan dan sebarkan kesedaran indahnya hidup beragama melalui SMS, email, CD, risalah, blog dan lain-lain.
8) Hadiri majlis ilmu atau membaca bahan bacaan yang mengukuhkan kefahaman kita tentang kejahatan dan tipudaya Yahudi kepada orang Islam.
9) Menyokong dan menyertai mana-mana aktiviti bantahan kepada Yahudi.
10) Memboikot semua rancangan media yang berbentuk hiburan maksiat serta merosakkan akhlak remaja Islam.

Jangan jadi muslim yang berada bawah telangkup gelas jernih ! Kita bukan tidak tahu isu Palestin kerana kita bukan zaman katak bawah tempurung tapi kita zaman yang mudah menerima jutaan berita luar dan dalam. Jangan jadi muslim bawah gelas jernih, Nampak apa yang berlaku namun diam seribu bicara. Cukuplah dengan tindakan kita di atas dapat mengelak dari ancaman Nabi kita sollahu ‘alaihi wasalam iaitu “Bukan dari golongan kami yang tidak memikirkan langsung hal muslim yang lain” .


Mohammad Amin Bin Suhaimin ,
Naib Presiden 1
Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia
Universiti Sains Islam Malaysia.

Saturday, August 11, 2012

Taman Syurga di Selangor

Kenapa Allah bukakan hati seseorang utk pergi majlis ilmu ? Sebab Allah nak beri dia kefahaman ttg agama Allah. Semoga mendapat keredhaan Allah.


Dengan lafaz cintaNya


Alhamdulillah. Bersyukur kerana masih dinikmat untuk terus bernafas. Begitu juga dengan blog IF ini. InsyaAllah, setelah menghadapi beberapa fasa2 yang sangat menyedihkan blog IF kembali bernafas. Semoga kali ini perkongsian ilmu dan pengisian manfaat dapat dicurahkan lagi. Lebih efektif dengan izinNya.

P/s: Sebenarnya IF sangat sedih. Ya la blog ini sudah 5 tahun diupdate dan akhirnya segalanya hilang dek masalah hack (mungkin)... Saya tidak kisah kehilangan follower. Saya cuma kisah saya tidak ada platform untuk terus "MEMBERI"..

Copyright @ 2013 IbnuFathani.