18.12.09

Penemuan Baru~Sungai di bawah lautan

SUMBER : Klik disini

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Meksiko. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.




Namun pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, namun nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t.

Selamat Tahun Baru Hijrah

Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan oleh pemilik nyawa kita,Rabbul Jalil.Di kesempatan ini, Ibnufathani ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah dengan jiwa baru,jiwa yang sentiasa dahagakan tarbiyah llahi.

Antara perkara sunat semasa menyambut Tahun Baru ini, kita telah diajar oleh para ulamak untk membaca doa akhir tahun dan awal tahun..Sedikit mau’izah ,Ikutlah garis panduan para Ulamak,insyallah selamat dunia akhirat..Tak padan diri kita yang kerdil nie nak mengenepikan mereka..Kalau di dunia kita duk fitnah para alim ulamak ,kita mengatakan ia nyanyuk ketika ia mengeluarkan kenyataan yang 'baru' bagi kita..Ingatlah, di akhirat kelak bagaimana...Siapa yang nak syafaat kita??

Dengarlah mutiara dari Sang Nabi yang mulia di dalam Sunan Ibnu Majah( Hadith No.4313) :
Yang mafhumnya :"Yang akan memberi syafaat pada hari kiamat itu tiga golongan.Pertama para anbia, kedua para ulama dan ketiga para syuhada"

Semoga kita mendapat syafaat mereka..Amiin Ya rabb….




DOA AKHIR TAHUN



DOA TAHUN BARU HIJRAH




“Ya Allah,seketika di awal tahun ini…

Engkau muliakan dan sayangi umat Islam,berkati keluarga mereka,sihatkan tubuh badan mereka,jauhkan mereka dari fitnah,penganiayaan dan penghinaan,

Ya Allah,suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa tanpa alasan pada diri ini dan sahabat muslimin dan muslimat yang lain”….

16.12.09

Ukhwah berkekalan...

Salam perjuangan...



Alhamdulillah..

Biarpun dah lama majlis perpisahan nuqaba’ MMPS berlangsung, namun disebabkan atas desakan rindu dan ukhwah yang terpatri selama di MMPS memaksa untuk ana untuk berkongsi entry mengenai Ikatan Nuqaba’ MMPS ’09.Bagaimana tak terasanya hati nie bila menghadapi perpisahan yang sementara,kerana setiap kali pengisian usrah yang dikendalikan oleh a-Fadhil Ustaz Abd Rahim pasti diselitkan slot ukhwah dan juga muhasabah seperti tayangan kejatuhan Khilafah Uthmaniyah dan lain-lain lagi..Impaknya, menambahkan kesedaran barisan nuqaba’ untuk memastikan gerak kerja dakwah secara bersama berjalan di peringkat sekolah.Perlu sedar, ukhwah Islam yang dibina atas jalan dakwah ini tidak bermusim kerana ukhwah merupakan tunjang kekuatan dalam gerakkerja.Disebabkan ini lah, Ikatan Nuqaba MMPS ’09 di wujudkan.

Jadi, ana insan yang kerdil nie berharap agar ditetapkan di atas jalan dakwah dan juga sahabat yang lain.Semoga thabat dalam perjuangan.Semoga ukhwah kita berkekalan..

Bookmar Nuqaba' semasa majlis perpisahan tersebut

Bookmar untuk Naqibat


"Ya ALLAH, kami memohon cinta-Mu, cinta orang-orang yang mencintai-Mu dan cinta kepada segala yang akan mendekatkan kami kepada cinta-Mu."


p/s: Gambar diatas adalah nuqaba' yang terlibat dalam mengerakkan Halaqah Dinamik(Usrah) di Maktab Mahmud Pokok Sena.Gambar di atas diambil ketika Majlis Jamuan dan Perpisahan Jabatan Nuqaba' 2009.

Bintang Ummah~Dr Yusuf al-Qardhawi~

Bismillah,

Alhamdulilah, untuk posting kali nie ana nak kongsi sedikit biografi seorang ulamak yang sudah cukup popular sekarang iaitu Dr. Yusuf al-Qardhawi..Beliau popular kerana fatwa-fatwa beliau dikatakan kontroversi.wallahu’alam. Beliau dikatakan tidak bermazhab dan bermacam-macam lagi tohmahan.

Sedikit nasihat dan panduan, untuk kenai siapa tokoh yang sangat besar jasa ini dalam dunia Islam boleh lihat dalam youtube , Klik disini..

Dr Yusof Al Qardhawi merupakan ulamak yang hebat dan moderate. AlhamduliLlah..Banyak jasa beliau di dalam feqh semasa, serta pembawaan tasawuf akhlaq yang disentuh di dalam iman fi hayat, begitu juga di dalam bukunya feqh awlawiyyat dan banyak lagi sehingga menjadi rujukan dan di tahkik contohnya kitab - al halal wal haram fi islam. Beliau juga sempat menjadi anak murid kepada seorang tokoh gerakan Islam yang terkenal as-Syahid al-Banna secara tidak lansung.Dr. Yusuf jatuh cinta dengan majlis ilmu as-Syahid Imam Hasan al-Banna pada first time Dr Yusuf ke majlis tersebut..Dan ketika ia pulang ke rumah sewa beliau, seniornya bertanya mengenai isi pidato yang disampaikan oleh as-Syahid al-Banna.Kemudin beliau(Dr Yusuf) membacakan balik sebiji-biji apa yang di dengar dari pidato Hassan al-bana. Dia menghafal teks pidato Hassan Al-Banna. Subhana Allah... Untuk kisah pertemuan beliau dengan syahid Imam al-Banna boleh rujuk dalam buku karangan beliau sendiri “Perjalanan Hidupku” (terjemahan)..wallahu’alam..

Rujukan :
Klik disini

********************************************************


Dr Yusuf ketika dalam kuliah beliau




Ulamak bersama ulamak.sudah pasti barakahnya..sebelah kanan Dr Yusuf adalah Syeikh Abdullah Bin Bayyah(kalu x silap ana syeikh nie asal Mauritania..Kalu salah tegur ya) dan sebelah kiri Dr adalah Syeikh Nuh Haa Min Keller...Subhanallah


Meeting antara DSAI dengan Dr Yusuf al-Qaradhawi..Pemimpin perlu rujukan untuk setiap satu tindakan.Apatah lagi kalu ia bersangkut paut dengan agama.So, ulamaklah tempat paling tepat.


Majlis bersama Ilmuan Islam dari Mauritania, Syiria,Doha dll...

Ibnufathani
12.46 am (16 Dec 09)

"Ya ALLAH, kami memohon cinta-Mu, cinta orang-orang yang mencintai-Mu dan cinta kepada segala yang akan mendekatkan kami kepada cinta-Mu."


14.12.09

Belajar dari sakura....

Bunga sakura,
Waktu hidupmu hanya sementara,
Namun kau tetap mengindahkan hidupmu semekar-mekarnya,
Kerana kau tahu jangka waktumu,
Waktu yang diberi tidak dibuang sia-sia.

Manusia,
Tidakkah kau sedar,
Bahawa hidupmu laksana bunga sakura,
yang hanya tumbuh pada musim semi,
yang hanya hidup dengan waktu yang singkat,
Namun ingin aku bertanya pada dirimu,
Tidakkah kau ambil pelajaran darinya,
dari kemekaran bunga sakura,
menjadikan masa hidupnya semekar-mekarnya,
bagaimana pula dengan kita.

Tidak kah kau memikirkan,
sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi,
ada tanda-tanda peringatan untuk kita,
laksana bunga sakura pada hidupnya,
agar kita mengambil pelajaran,
bahawa hidup ini ada waktunya,
waktu yang ditentukan oleh Yang Maha Kuasa,
mekarkankanlah waktu mu itu semekar-mekarnya,
agar kau tetap mekar di akhirat sana.

Karya Asli : SaBaHaNmUsLim

9.12.09

Pengisian dalam Ijtimak Pelajar Islam Malaysia (IPIM)


(sila klik pada banner diatas untuk paparan lebih jelas)

IJTIMAK PELAJAR ISLAM MALAYSIA 09

OBJEKTIF :

  1. Menghimpunan pelajar Islam di seluruh Malaysia bagi menghubungkan silaturrahim di kalangan mereka
  2. Membentuk kesatuan fikrah islam untuk membina izzah Islam
  3. Menyedarkan peranan pelajar Islam bagi mengembalikan kegemilangan islam
  4. Melatih peserta untuk turun berdakwah dalam masyarakat dan bekerja untuk Islam.

KONSEP PROGRAM

1, Peserta sendiri berminat dan bersedia untuk ditarbiiyah, kawalan dan dorongan luar adalah sebagai pembimbing.

2. Tempat program berpusat di masjid . Adab dan tatatertib di masjid hendaklah di utamakan

3. Program tidak dikenakan bayaran. Sumbangan ikhlas itu lebih utama bagi membina budaya infak.

4. Tarbiyah aqidah, fikrah, ukhuwah dan rohani serta kerja dakwah diterapkan sepanjang program.

5. terbuka kepada pelajar 15 tahun ke atas

Keterangan lanjut hubungi : PENASIHAT PROGRAM CIKGU SUKARNO 019-5987842 sukarnohamid@yahoo.com

PENGARAH : - UST. NAJHI 0136044154 . SETIAUSAHA : Saudara Amin (bg peserta Muslimin ) – 013-4661669/ syababul_muslim91@yahoo.com.my , * Saudari Adilah (bg pserta Muslimat) -013-4929164/nisauddin_17@yahoo.com


7.12.09

Khas Buatmu Pejuang Agama Allah

Photobucket

Mengukir Wehdah di Tirai Izzah


Bersinar purnama menerangi gelita malam
Hadirmu pembawa risalah penyuluh alam
berkembang kelopak daulah meneraju wehdah ummah
Realiti agama dustur memimpin alam nan subur

Terpilin kalbu ummah dalam sebuah cinta makrifah
muhajirin dan ansar terpaut bagai kiambang bertaut
menjunjung ikatan yang utuh sebuah persaudaraan
Dipimpin izzah berteras Al quran dan As Sunnah

Tersirna iman dicendas lolongan nafsu
Terpana kefanaan dek dunia yang manipu
Tujuh dekad daulah terpunah hilanglah pergantungan
Gugurlah wehdah berganti khilaf yang memusnah

Ummah kian parah meniti hancurnya wehdah
memasak ananiyah tidak terhirau amanah
terpundak lesu tanpa belaian ilmu
terkuburlah maaruf tersubur mungkar durjana
beraja nafsu syaitan bermaharajalela

Duhai ummah mengapa harus dialpa inzar Ilahi
Meruntun pegangan teguh pada taliNya
Menjulang kesatuan dalam indahnya iman


Lupakah kita janji yang pertama
manjunjung tinggi syahadah yang dua
hanya dariMu Tuhan Izzah ummah dianugerahkan
buat pejuang agama kebenaran

Ayuh Ummah sedari hakikat diri
Amanah agama menegak daulah Islami
Julangkan kesatuan buang keegoan nafsi
Mengukir wehdah di tiraian izzah
Memimpin ummah menuju mardhatillah

( Soutul Mujahidah)

Islam Memimpin Perubahan

Followers