Monday, September 30, 2013

Kuliah Akhi Mohd Amin

“ Manusia apabila terdesak dia akan cari ALLAH , dia akan kembali kepada ALLAH. Apa yang akan dilakukkan oleh manusia dalam saat-saat bhaya?! Sesungguhnya setiap insan , baik beriman atau kafir , dalam saat-saat genting akan kembali kepada ALLAH . Ini adalah kerana keimana telah wujud dalam setiap jiwa termasuk orang kafir . Kerana itu mereka dipanggil ‘kafir’. 

Kafir di dalam bahasa Arab bermaksud as-Saatir (penutup) kerana sesungguhnya dia menutup dan meyembunyikan keimanannya . Bahkan dia sendiri menyangka bahawa dia telah hilang imannya. Namun , apabila dia dikejutkan dengan suaatu bencana , maka tercampaklah penutup tersbut dan terserlah iman kecilnya. 

Kisah Firaun yang berani mengaku dirinya Tuhan dalam surah an-Nazi’at ayat 24 (mafhum) :
“Akulah TUhan kamu , yang Tertinggi” . Namun apabila Fir’aun tahu yang dia bakal tengelam ; dia ubah cara ucapannya , dia merayu pda ALLAH seperti terakam dalam surah yunus ayat 90.
Di saat mereka dah tiada kekuatan , seorang ateis akan lupakan ateisme, seorang materialis akan alpakan materialism dan sebagainya dan semuanya akan meyebut ; “ Ya ALLAH !”

(Kuliah Dhuha ; 9 pagi , KKNC)

Wednesday, January 30, 2013

Akhlak Nabawi (1)

Akhlak Nabawi (1):Rasulullah sollalAllahu 'alaihi wasallam tidak berdiri dan tidak pula duduk kecuali dalam keadaan berzikir.

#Apabila zikir pada lisan itu sudah menjadi darah daging kita,hati kita akan berdenyut dengan zikrullah walau kita tidak zikir pada lisan.Biasakan ZIKIR NON-STOP! :)

Copyright @ 2013 IbnuFathani.